Rahsia Email - Strategi Pemasaran Automatik
Powered by MaxBlogPress  

scam ke?

Posted on the January 30th, 2012 under personal by shazboy

hari ni, posting shaz dalam bahasa melayu.. agaknye sbb rasa bengang sgt dgn karenah manusia yg masih tak faham bahasa gak, so shaz rasa nak luahkan je kat sini.. bkn nak merendahkan org2 yg tgh cari rezeki halal, tapi nak cari makan tu biarlah dgn cara yg elok dan juga memahami perasaan org lain.. nak kata scam ke apa, shaz xde hak nak berkata sedemikian.. tapi semua mempunyai hak masing2 utk beri komen dan pendapat sendiri..

kisahnye macam ni.. i’m sure korg pun ada dpt call dr ntah nombor ape ntah, nak jual insuran ke pakej jalan2 cuti2 mesia ke semua benda tu, ye tak? kisah shaz pasal yg dok jual insuran ni.. jom kita mulakan citenye ye? mula2 dpt call — ckp dr cimb aviva.. ok, fine.. kebetulan masa tu mmg nak kena attend meeting, so dia pun ckp dia akan call lps meeting tu.. tapi takde pulak.. so biar la.. abaikan je.. benda tak penting pun sbb shaz dah ada insuran sendiri..

2-3 hari lps tu, shaz dpt call dr nombor yg lebih kurang sama.. kali ni ckp lain pulak.. ckp dari Air Asia, nak jual insuran AIA.. pelik.. betul ke? so mula2 dgr je la tp lagi sekali, kebetulan pulak nak kuar lunch.. gtau kat mamat tu yg shaz nak kuar makan, so dia yg ckp dia akan call balik ptg kang.. dipendekkan cite.. sama gak, no calls later in the afternoon..

tiba2 shaz tergerak hati.. dpt call dr nombor yg lebih kurang sama, tapi nak jual insuran dari pihak yg berbeza.. betul ke? benar ke? sungguh ke? shaz pun cite la kat kawan2.. dorg ckp mmg betul ada benda macam ni tapi dorg takleh nak ckp samada benda ni scam ke betul ke .. so they advised me to do more research on this..

shaz pun apa lagi, shaz contact best fren online @ google.. mula2 taip satu nombor tepon.. search..

*

*

*

rupanya ada forum pasal nombor tepon berkenaan.. ada la kot dkt 10 page org ngomel pasal telemarketer yg dok juai insuran ni.. shaz pun mcm “xpe la, dah penah dpt call ni, so pandai2 la jaga diri n nak bg details apa2 pun”.. at the same time, dpt call dr nombor yg lain pulak.. shaz pun jawab la.. dan seperti yg dijangkakan, telemarketer tepon.. nak juai insuran AIA dari AA.. time ni lagi la tak caya, dah makin keras hati.. takkan mula2 nombor lain, kali ni nombor lain.. macam dari 2 daerah/kawasan yang berlainan tapi juai benda sama.. depa ni buat francais ka apa juai insuran ni? shaz ckp “sorry, saya tak berminat, dah ada insuran sendiri..” and terus letak tepon..

*

*

*

sambung balik search dgn nombor2 yang shaz dpt.. 3 nombor yang berbeza.. and yes, betul.. mmg ada some sort of pattern.. ramai dah komplen, tak puas hati.. ada juga yg telah beri bank and personal details .. ada yg dah duit kena tolak dr bank account.. gara2 beli insuran melalui telefon tanpa meletakkan tandatangan.. is this a scam? can someone actually deduct money from your bank account without any written consent? kalau pakai credit card tu, maybe bole la kot tapi ni savings account?! shaz dah cuak.. teruih check semua banking account shaz (walaupun tak byk duit kat dalam akaun tapi duit jugak kan..).. seb baik takdak apa2 kena tolak..

utk sesape yg penah dpt call mcm ni, diminta berjaga-jaga dan tanyalah segala soalan yg anda rasa patut.. kalau tanak, ckp je tanak.. kalau yg telemarketer ni masih tak faham bahasa gak dan masih dok call tu, layan la org tu cara elok — dorg pun ada perasaan gak n dok cuba cari rezeki yg halal, ye tak? tapi kalau korg tu dah menyirap gak n tak tahan marah, terpulang pada u olz la nak handle macam mana.. nak repot polis ke, nak maki dorg ke, nak buat apa pun, tu korg punya pasal.. mcm shaz ckp awai2 tadi, semua ada hak masing2 utk buat apa2 pun :-)

oh ye, sebelum shaz stop tulis post utk hari ni, meh shaz share semua nombor tepon yg shaz dpt dari search yg shaz buat utk yg dok juai insuran ni.. shaz buat macam ni bukan nak halang rezeki org cari makan, tapi sekadar utk korg semua berwaspada dan berjaga-jaga.. tu je.. apa2 keputusan yg korg buat, itu semua dalam tangan anda sendiri :-) harap2 info ni dpt membantu korg semua n buat keputusan yang munasabah sebelum kena tipu ke duit hilang ke etc, ok? .. ni list nombor nye:

  1. 03-20550700
  2. 03-20367188
  3. 03-27874200
  4. 016-2105786
  5. 03-20366888
  6. 03-20367188
  7. 016-2137408
  8. 03-78046686
  9. 03-92077400
  10. 03-26143566
  11. 03-92077277
  12. 03-20366555
  13. 03-92077200
  14. 03-21160228
  15. 03-78622199
  16. 03-21623222
  17. 03-20366222
  18. 03-27883400
  19. 03-20371500
  20. 03-20371333
  21. 03-20371666
  22. 03-27818181
  23. 03-88811388
  24. 03-20566181
  25. 03-20372555
  26. 03-26885999
  27. 03-20340777
  28. 03-20560838

harap2 apa yg shaz tulis sini, dapat membantu sedikit sebanyak korg kat luar sana tu.. mudah-mudahan apa2 yg berlaku, adalah yg terbaik utk semua pihak :-)

Leave a Reply




XHTML::
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>